coffe

Switch to desktop Register Login

Bahagian Kurikulum

Kurikulum Madrasah Alattas terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kurikulum kebangsaan (aliran agama) dan kurikulum Dini. Peperiksaan awam yang perlu diduduki oleh pelajar ialah Sijil Menengah Rendah Agama (Tingkatan 2), Sijil Menengah Agama (Tingkatan 4), Penilaian Tingkatan 3 (PT3) (Tingkatan 3), Sijil Pelajaran Malaysia (Tingkatan 5) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pada sesi 2012 telah berlaku perubahan besar dalam dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Pada tahun 2012 Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenalkan ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. PBS akan menggantikan Penilaian Menengah Rendah mulai tahun 2014.Dalam sistem PBS, pelajar dinilai dengan sistem band. Band 1 merupakan band yang paling asas manakala Band 6 merupakan tahap yang paling tinggi perlu dicapai oleh pelajar.

Sekolah juga dapat menjalankan Program Kecemerlangan Sekolah yang telah dirancang melalui Pelan Taktikal dan Operasi oleh setiap panitia bagi semua mata pelajaran. Pencapaian Dalam Penilaian Menengah Rendah juga dapat membuktikan hasil keberkesanan program-program yang telah dirancang. Pada tahun 2012 sekolah telah dianugerahkan ”Sekolah Cemerlang ( Anjakan Saujana)  dan  ”Anugerah Sekolah Cemerlang Mencapai GPS Terbaik (SABK)” dengan mencatat Gred Purata Sekolah pada tahap 1.86.

Sesi 2013, satu lagi dasar yang diperkenalkan dalam KPM iaitu Melindungi Masa Instruksional (MMI). Sekolah telah menyediakan beberapa modul melalui panitia-panitia bagi melaksanakan dasar baharu ini. Program SET juga diperkenalkan untuk memperkukuh penguasaan Bahasa Inggeris pelajar. Program ini dilaksanakan berperingkat iaitu dimulai dengan pelajar Tingkatan 1. Pada tahun ini  ada beberapa program baharu yang diperkenalkan bagi mencapai ETR sekolah dalam peperiksaan awam. Antara program-program yang dirancang dan diberi penjenamaan baharu ialah Yaumul Mahabbah, Program OTO-T, Program Top-Up, Kem Teknik Menjawab, Program Guru Penyayang dan Mentor Mentee, Program Jadual Anjal, Bengkel Kemahiran Belajar dan Program Permata Harapan.

Pada pertengahan Jun 2013, sekolah telah dikunjungi oleh Jemaah Nazir Kawasan untuk menjalankan pemeriksaan sekolah. Hasil dapatan nazir dapat digunapakai untuk penambahbaikan pengurusan kurikulum dan pihak sekolah berharap dengan segala perancangan dan program yang dilaksanakan oleh sekolah dapat mencapai matlamat peperiksaan awam sekolah iaitu GPS semua peperiksaan awam Madrasah Alattas mencapai di bawah paras 2.0.

Antara anugerah yang diterima adalah :  

ANUGERAH

PERINGKAT

1.

Anugerah Peningkatan Yang Sangat Signifikan Iaitu 32.07% Daripada 4.76(2012) Kepada GPS 3.23 (SPM 2013)

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

2.

Anugerah Sekolah Cemerlang Kategori Anjakan Saujana (PMR 2013)

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

3.

Anugerah Tempat Kedua SABK Terbaik Negeri Johor (2013)

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

4.

Anugerah Peningkatan GPS 0.51 Mata (PMR 2012)

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

5.

Anugerah Anjakan Saujana (PMR 2012)

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

6.

Anugerah Sekolah Mencapai ETR (PMR 2012)

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

7.

Anugerah Memperolehi Kelulusan 100% (PMR 2011)

Bahagian Pendidikan Islam, KPM

8.

Anugerah Lonjakan Saujana  (SPM 2011)

Jabatan Pelajaran Negeri Johor

 

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN:

Peringkat Menengah Rendah

Peringkat Menengah Atas

 

 1.  Bahasa Melayu

 2.  Bahasa Inggeris

 3.  Bahasa Arab

 4.  Sains

 5.  Matematik

 6.  Pendidikan Islam

 7.  Sejarah

 8.  Geografi

 9.  Kemahiran Hidup

10. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

11. Pendidikan Jasmani & Kesihatan

12. Pendidikan Seni

 

 1.  Bahasa Melayu

 2.  Bahasa Inggeris

 3.  Sejarah

 4.  Matematik

 5.  Sains

 6.  Bahasa Arab Tinggi

 7.  Perdagangan

 8.  Pendidikan Al-Quran Assunnah

 9.  Pendidikan Syariah Islamiah

10. Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan

11. Pendidikan Jasmani & Kesihatan

 

Peringkat SMRA (Ting. 2)

Peringkat SMA (Ting. 4)

Peringkat STAM (Ting. 6)

 

 1.  Feqh

 2. Insya’ Muthalaah

 3.  Tauhid

 4.  Tafsir

 5.  Hadith

 6.  Sirah

 7.  Nahu

 8.  Sorof

 9.  Al-Quran

 

 1.  Al-Quran

 2.  Feqh

 3.  Tauhid

 4.  Tafsir

 5.  Hadith

 6.  Mantiq

 7.  Nahu Sorof

 8.  Insya’

 9.  Adab Nusus

10. Balaghah

11. Muthalaah

 

 1.  Insya'

 2.  Arudh Qafiah

 3.  Nahu Sarf

 4.  Mantiq

 5. Adab Nusus

 6.  Tafsir

 7.  Fiqh

 8.  Tauhid

 9.  Mustalah Hadis

10. Balaghah

11. Mutalaah

12. Qur'an Tajwid

13. Ulum Qur'an

 



Copyright © 2012 | SABK Madrasah Alattas Alarabiah Johor | MAAJ shall not be liable on any loss or damage caused by utilization of information achieved of this website.

Top Desktop version